Jumaat, 11 Mei 2012

Himpunan RAMPAS Ditangguhkan

STOP RAPID merupakan Gabungan NGO-NGO di Pengerang yang terdiri daripada Pengerang Prihatin, Angry Lobster, Save Our Pengerang, Ahli Jawatankuasa Bertindak Penduduk-penduduk Pengerang dan Persatuan Anak Pengerang .

STOP RAPID telah memutuskan untuk menangguhkan Himpunan RAMPAS yang sepatutnya diadakan pada 12 Mei 2012 ini. Hal ini berikutan beberapa masalah teknikal berkaitan dengan Akta Himpunan Aman Fasal 9(1) Penganjur hendaklah memberi notis mengadakan perhimpunan kepada polis daripada 30 hari kepada sepuluh hari.

Dalam perkara ini pihak kami tidak dapat memberikan notis penganjuran himpunan kepada pihak polis dalam tempoh yang telah ditetapkan. Pihak kami menghormati undang-undang yang telah ditetapkan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak polis atas kerjasama dan penerangan kepada kami berkaitan Akta Himpunan Aman tersebut.

Justeru, pihak kami memohon kerjasama daripada pihak media untuk memaklumkan kepada masyarakat berkaitan penangguhan himpunan ini dan memohon kemaafan atas segala kesulitan yang telah berlaku.

Sekian terima kasih.

Yang Benar,
ANIS AFIDA MOHD AZLI
Pengerusi STOP RAPID
013-7549335

Tiada ulasan:

Catat Ulasan