Mengenai Kami | About Us

S : Apa itu 'KampungKu SuaraKu'?
J : 'KampungKu SuaraKu'adalah satu kempen pendapat awam yang dilancarkan oleh penduduk-penduduk Pengerang. Tujuan kita ialah meminta kerajaan mendengar suara kita, supaya orang-orang Pengerang boleh memutuskan nasib kampung kita dan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (RAPID) yang dijalankan di Pengerang, dengan cara yang paling demokratik.

S : Di manakah Pengerang?
J : Pengerang, sebuah pekan yang paling selatan terletak di pantai timur negeri Johor.

S : Apakah yang telah berlaku di Pengerang ?
J : Kerajaan berancang menjadikan Pengerang satu hub Petrol dan Gas di rantau Asia Pasifik. Untuk mencapai matlamat ini, kerajaan akan mengambil tanah penduduk tempatan (lebih daripada 22,500 ekar tanah). Mengikut laporan Program Transformasi Ekonomi, Petronas akan melaburkan sejumlah RM 60 billion untuk pembinaan sebuah kilang pemecah nafta(naphtha cracker) di sekitar Pengerang, dengan anggaran penapisan minyak petroleum sebanyak 300 ribu barrel sehari, hasil keseluruhan tahunan sebanyak 3 juta tan bahan-bahan kimia seperti Ethylene, Propylene, Olefina C4 dan C5 dan sebagainya. Pada masa yang sama sebanyak 22 buah kilang kecilan industri petro-kimia hilir dan Terminal Petroleum Laut Dalam (Independent Deepwater Petroleum Terminal) juga akan dibina di tempat yang sama.

S : Siapakah penggerak projek pembangunan ini?
J : Setakat pada hari ini, pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam projek ini termasuklah : (1) Dialog Group Berhad dan Vopak akan melaburkan RM 5 billion untuk membangunkan projek Terminal Petroleum Laut Dalam secara usahasama.
(2) Petronas akan melaburkan RM 60 billion untuk pembangunan projek bersepadu Penapisan dan Petro-kimia. Kerajaan Negeri Johor turut serta dan memegang saham dalam kedua-dua projek.

S : Siapakah yang akan terjejas dalam Projek ini ?
J : Dalam pembinaan fasa pertama, sebanyak 6 buah masjid, 11 buah surau, 9 buah tempat ibadat, 4 buah sekolah kebangsaan, sebuah sekolah menengah kebangsaan, 5buah sekolah agama, 3 buah sekolah jenis kebangsaan Cina, 3 kuarters kakitangan kerajaan, 3 buah klnik desa, 2 buah balai polis, 11 perkuburan Islam, 7 buah perkuburan bukan Islam dan 9 buah balai raya. Apa yang paling mustahak ialah puluhan ribu penduduk Pengerang dan tanah-tanah di negeri Johor yang akan teruk tercemar bawah projek pembangunan industri petro-kimia.

S : Adakah kerajaan telah memperolehi persetujuan penduduk tempatan sebelum projek ini dijalankan? Apakah rancangan penempatan semula penduduk yang terjejas?
J : Inilah persoalan utama yang timbul dalam perjalanan projek ini. Fasa pertama projek ini telah pun dijalankan siang dan malam tanpa mengambil kira pendapat daripada penduduk tempatan. Penduduk Pengerang langsung tidak mempunyai peluang untuk menyuarakan pendapat sendiri malahan kita masih dinafikan hak untuk mengetahui maklumat berkenaan pampasan, penempatan semula, rezeki masa depan dan lain-lain isu berkenaan hak penduduk Pengerang.

S : Bagaimanakah kempen “KampungKu SuaraKu” dapat membantu penduduk Pengerang menyuarakan hasrat kita?
J : Ahli Parlimen kawasan Bakri akan membantu penduduk Pengerang menggerakkan suatu kempen tandatangan dan rayuan awam bawah peruntukan Peraturan 19, Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. Rayuan awam ini bertujuan meminta Parlimen mengadakan suatu referendum membolehkan penduduk di Pengerang memutuskan sama ada projek ini perlu dijalankan atau tidak. Sekiranya Parlimen atau Kerajaan enggan menyahut Rayuan ini kempen “KampungKu SuaraKu” akan diteruskan dan pelbagai kempen akan dijalankan untuk membentangkan rayuan kita.

S : Apakah logo kempen “KampungKu SuaraKu”? Apakah maksudnya?
J : Selama ini Pengerang terkenal dengan hasil tangkapan udang galah. Oleh yang demikian, udang galah yang penuh simbolik digunakan sebagai logo atau moskot kempen ini. Moskot ini digelar “Angry Lobster” menggambarkan ketidakpuasan orang Pengerang kerana hak bersuara kita telah dirampas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan