Khamis, 7 Jun 2012

Kenyataan: Ahli parlimen Pengerang berhubung NGO-NGO berkaum cina untuk menegadakan dialog

Pada pukul 2 petang, 5hb Jun 2012, Ahli Parlimen Pengerang Dato' Sri Azalina Othman Said telah minta mengadakan satu dialog dengan kumpulan-kumpulan NGO Pengerang berkaum cina melalui Hai Kiong Niang, pengerusi Persatuan Penduduk-penduduk Pengerang (PPP).

AJK Angry Lobster Cikgu Goh Woan Tyug telah memenrima maklumat daripada PPP mengenai perkara ini, namun YB Dato' Sri Azalina Othman tidak sebut tentang kandungan dialog ini.

Disamping itu, Jawatan Kuasa Penduduk-penduduk Pengerang (JKPP) juga dimaklum mengenai perkara yang sama melalui PPP. Selain itu, tiada lain NGO dimaklumkan.

Angry Lobster and JKPP telah telepon balik ke YB Dato' Sri Azalina Othman pada malam yang sama namunnya tiada orang ambil telefon. Semasa kami> meneggunakan telefon XXX, burulah beliau menjawab.

Rancangan asal YB Dato' Sri Azalina Othman ialah mengadakan dialog dengan kumpulan NGO-NGO kaum cina sahaja dan kumpulan NGO-NGO kaum Melayu dikecualikan.

Dalam perbualan telefon di antara setiausaha JKPP Cikgu Adam Rafik Thiagarajah B. Abdullah dengan YB Dato' Sri Azalina Othman, Cikgu Adam telah menolak tawaran ini dan menegaskan dialog ini mestilah diadakan apabila ahli-ahli NGO kaum cina dan melayu disertai.

Ahkirnya kedua-dua pihak tetapkan dialog tersebut pada pukul 10 pagi, 8hb Jun 2012 di Dewan SJKC Yok Poon.

Walaupun kandungan dan tujuan dialog tidak dijelaskan, ia dianggap berkaitan dengan isu bukit perkuburan cina di pengerang.

Kumpulan kami akan berbincang dengan NGO-NGO Pengerang lain mengenai topik ini dan wakil-wakil dan pemerhati dari kumpulan-kumpulan NGO kami akan menyerta dialog tersebut.

Mengenai laporan BERNAMA semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Mohamad Mokhtar Mohamad Shariff berkata satu pasukan khas bagi menyiasat 45 laporan polis berkaitan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Petronas akan ditubuhkan oleh Polis Johor.

Kami mengalu-alukan tindakan PDRM mengenai isu ini. Semasa satu kempen petisyen dibawah Perkara 19, Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang dijalankan pada bulan Mac yang lepas, beberapa pihak telah berusaha menggembar-gemburkan kempen tersebut. Sebarang gangguan dan sabotaj kempen ini boleh dianggap sebagai kesalahan berhubung kegiatan yang mengancam demokrasi berparlimen dan polis seharusnya mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat.

Walapun kenyataan dari Polis Johor dan dialog di antara NGO berkaum cina yang ditawarkan oleh YB Dato' Sri Azalina Othman berlaku pada hari yang sama, kumpulan kami enggan mengaitkan kedua-dua perkara ini. Kami berharap pihak polis boleh menjalankan tugas mereka secara proffesional menegani kelakuan yang berusaha mensabotaj dan ugutan kepada keamanan penduduk-penduduk Pengerang.

Penyelaras
Kumpulan kepentingan Bersama Angry Lobster
Hong Thian Hwa
7hb Jun 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan