Rabu, 4 April 2012

ETP: Petronas lulus lesen bangunkan medan minyak marginal

BERNAMA 4 April 2012

KUALA LUMPUR -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas), perbadanan petroleum nasional Malaysia, akan meluluskan lebih banyak lesen tahun ini untuk membangunkan medan minyak marginal bagi memperkukuh pengeluaran minyak mentah dan gas, yang seterusnya akan merangsang pertumbuhan sektor minyak, gas dan tenaga (OGE).

Menurut Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu)dalam laporan tahunan program transformasi ekonomi 2011, lesen tambahan itu juga menyokong sasaran pengeluaran sebanyak 650,000 tong sehari.

Langkah untuk membangunkan medan kecil menerusi penyelesaian inovatif merupakan sebahagian daripada projek permulaan (EPP) dalam industri minyak gas dan tenaga (OGE) menerusi Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Akta Cukai Pendapatan Petroleum yang diluluskan tahun lepas bagi memperkenal insentif baharu untuk sektor minyak dan gas, bertujuan menggalakkan penggiat baharu dalam segmen pembangunan medan marginal.

Antara lesen yang dikeluarkan pada 2011 ialah kontrak perkhidmatan kepada Sapura Kencana Petroleum Bhd dan Petrofac Energy Developments Sdn Bhd.

Dalam usaha membangunkan Malaysia sebagai hab perdagangan dan penyimpanan minyak serantau menerusi EPP bagi OGE, beberapa perbadanan dan konsortium besar telah menyatakan komitmen untuk membina dan meluaskan terminal penyimpanan petroleum tahun lepas.

Antara projek terbabit ialah Projek Terminal Petroleum Air Dalam di Pengerang, Johor dengan kapasiti penyimpanan petroleum sebanyak kira-kira lima juta meter padu yang dijangka beroperasi pada 2014, pembangunan terminal penyimpanan minyak Labuan di Pulau Daat dan Taman Perindustrian Logistik Minyak dan Gas Tanjong Agas di Pahang.

"Tumpuan pada 2012 ialah memastikan projek-projek ini dilaksanakan dengan beberapa projek akan beroperasi dalam tempohs etahun," kata Pemandu.

Bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi dalam sektor OGE, pencergasan semula medan minyak sedia ada menerusi peningkatkan pemulihan minyak (EOR) sudah dikenal pasti sebagai antara EPP.

EOR menggunakan kaedah sepertu suntikan kimia atau gas aray pembanjiran tremasl bagi meningkatkan pemulihan jumlah minyak daripada telaga bawah tanah.

Pemandu berkata tumpuan juga diperlukan untuk memastikan komitem pelaburan dalam teknik terbaik EOR bagi medan O&G lain di Malaysia direalisasikan bagi memastikan sasran 2012 dipenuhi.

Petronas juga membangunkan teminal regasifikasi pertama negara di Melaka untuk menerima, menyimpan dan mengewapkan gas petroleum cecair. Projek ini dijangka beoperasi menjelang suku ketiga tahun ini.

Pemandu juga memastikan terminal itu beroperasi tahun ini selari dengan kod amalan yang dibangunkan oleh Petronas yang menandakan bermulanya liberalisasikan pasaran gas asli di Malaysia.

"Usaha untuk Petronas menjual gas asli pada harga pasaran juga diteruskan sebagai antara tumpuan kami pada 2012," kata Pemandu.

Menarik syarikat multinasional untuk membawa masuk bahagian besar operasi global mereka ke Malaysia juga merupakan EPP penting bagi sektor OGE.

Untuk itu, Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) diwujudkan tahun lepas bagi menjadikan Malaysia sebagai hab O&G menjelang 2017.

MPRC menyediakan program Insentif Global Untuk Perdagangan (GIFT) yang diwujudkan bagi menggalakkan syarikat dagangan petroleum Malaysia menggunakan Malaysia sebagai platform untuk mamasuki pasaran Asia Pasifik.

Setakat ini, lima syarikat sudah bersetuju untuk menyertai program itu.

Mulai tahun ini, MPRC menyasrkan memperoleh sekurang-kurangnya empat syarikat lagi untuk menyertai program GIFT menjelang akhir 2012.

"Perbincangan antara penggiat perkhidmatan medan minyak dan perkhidmatan di Malaysia sedang berjalan dan pada 2012 kami menyasrkan untuk menggabungkan atau mengambil alih dua fabrikasi domestik," kata Pemandu yang menambah bahawa ia merupakan usaha untuk menyepadukan fabrikasi domestik.

Untuk membangunkan keupayaan dan kapasiti masa depan menerusi usaha sama strategik, Pemandu juga menyasarkan dua usah sama tambahan tahun ini.

Pada 2011, Sapuracrest Petroleum dan Kencana Petroleum Bhd merancang untuk bergabung, yang dijangka selesai pada suku pertama tahun ini.

Menerusi pembangunan tenaga nuklear untuk EPP penjanaan tenaga, Perbadanan Tenaga Nuklear Malaysia sudah memulakan kajian daya maju dan dijangka mengemukakan laporan trperinci kepada kerjaan pada awal 2013. -- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan